Thursday 11 August 2011

Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati






"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

           Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

            Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan."Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.



p/s.....untung mamat hehehe.....sapa sangka kan...

aku nikah akan dikau.....(kenangan 23/04/2011)

assalamualaikum...hurm pagi-pagi  agak sibuk sikit tapi tetetiba JT teringat kat wife...hurm biasala bila kahwin PJJ ni kena la bersabar sikit. bila crite tentang wife ni kat sini JT nak tunjuk sikit(bkn gile glame tau)gambar time nikah dengan sanding hari tu... hehehe



                     
Ni gambar baru lps nikah...pergh lega rasenye....ni kira dah sah bergelar suami la ni hehehe...




tadaa.....ni la dier pengantin perempuan nye...(my wife la......lawa tak ?)


 time ni.....satu rumah gelak.......hahaha...(time ni menggigil badan JT sbb 1st time pegang dengan cium didahi)


 ni la saat paling lawak sbb tangan JT mengigil nak pasangkan gelang tangan....sampai tetamu suma cakap...rilek la pengantin ...(malunya waktu tu.....Allah je yang tahu)



ni la tema kitaorang hari tu...pink yang xberapa pink hehehe.....heurm ni je la ye gambar waktu ni..nanti ada masa JT masukkan lagi gambar wedding kitaorang..yang kat belah lelaki pulak..termasuk sesi bergambar/berguling2 dekat tanah hehehe......bye....

Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.


Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).
Semakin popular

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.

"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang.

Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.

- Bernama


p/s...kesian kat budak Asyraf ni..tgk dalam youtube mcm nak pukul je mamat-mamat mat saleh yang rompak die tu. tapi ape bole bt dah nasib...len kali dah tahu huru-hara toksah la kuar..duk umah je..ape-apehal pun semoga cepat sembuh..


Jom boikot.....(ceh mcm baca je The Star)


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

- Bernama

P/S.....semalam JT buka lauk ikan pari bakar + ikan keli goreng + mee goreng + kuih muih







Wednesday 10 August 2011

JAIS vs GEREJA

Hurm bebulan puasa ni banyak isu-isu yang keluar di kaca televisyen. antaranya ialah isu serbuan JAIS di sebuah gereja di selangor. Isu ni memang sangat-sangat menggemparkan Umat Islam dan juga Penganut Kristian.  semuanya gara-gara terdapat 12 orang umat Islam yang berada bersama-sama didalam gereja tersebut. bila diselidiki kenapa mereka berada..jawapan mereka mudah untuk menerima bantuan dari pihak Gereja. tetapi yang buat JT musykil...kenapa mereka tidak pergi ke JAIS/BAITULMAL untuk meminta bantuan?pun ada jawapan yang mudah diberikan...mereka dilayan seperti pengemis@pemungut sedekah apabila datang untuk memohon bantuan.tetapi pihak GEREJA melayan mereka jauh lebih baik dengan memberikan bantuan-bantuan yang diperlukan. xperlu isi borang, xperlu menunggu lama, xperlu diherdik dan xperlu berlagak seperti pengemis.

Jadi yang menjadi persoalan....kenapa cukup susah untuk memberi zakat/bantuan kepada mereka yang beragama Islam? mengapa terlalu banyak prosedur/birokrasi yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan bantuan? yang mana akhirnya datang mereka yang ingin bagi bantuan tanpa mereka kehendaki...apa pilihan mereka? adakah ingin melihat anak-anak merengek meminta makan? mendapatkan cemuhan dari jiran kerana  selalu meminta-minta makanan? jadi....dimana silapnya KITA sebagai Umat Islam? JT rasa bukan 12 orang yang ditahan itu sahaja yang menerima bantuan dari pihak GEREJA....tapi percaya masih ramai lagi orang kita, Umat kita yang masih bergantung hidup dengan bantuan GEREJA bagi meneruskan kehidupan disebabkan rumitnya, susahnya untuk menerima bantuan zakat/baitulmal....jadi siapa yang patut disalahkan? pembayar ZAkat atau mereka yang menguruskan Zakat?.....

  BANYAK hadis Nabi s.a.w yang memberi penilaian bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang, malah kepada kaum itu sendiri. Penyakit ini mudah menonjol terutamanya di kalangan orang yang menghadapi kemiskinan yang teruk dan tinggal berhampiran dengan orang kaya yang buruk budi pekertinya serta kedekut yang amat sangat....

JT tidak berkata bahawa JAIS itu silap kerana menceroboh malah bagi JT bagus kerana menyelamatkan mereka daripada terus hanyut...cuma JT terkilan kerana mereka hadir kesana kerana ingin mendapatkan bantuan disebabkan pihak yang berwajib tidak mahu menolong mereka malah mengherdik mereka dengan berkata mereka pengemis,,,,



bonus oh bonus

salam ramadhan dan selamat pagi semua...seronok betul 2-3 hari ini bila dengar kerajaan nak bagi bonus...hehehe (penjawat awam )...hurm event cuma dapat setengah bulan gaji...kalau JT punya lebih kurang RM900. ape-pun tetap bersyukur. tapi tersentap jugak bila JT tgk kat berita semalam ada lagi 6 kerajaan negeri nak bagi lagi setengah bulan tambahan....wah untungnya...kira-kira balik diorang dapat gak sebulan gaji....(negeri JT xprnah kasi huhu). bila dah dapat bonus ni dengar macam seronok..tapi bila fikir-fikir balik...yang dapat tu la yang akan dibelanjakan nanti. ingat nk berjimat cermat sikit maklumlah duit simpanan dah habis dok bayar mak andam suma time kahwin hari tu...tapi sebenarnya skangni kena belanja lebih sikit sbb nak jaga 2 family hehe...hurm pi mai pi mai tang tu jugak hehehe..jadi kengkawan dari 6 negeri yang dapat bonus tambahan tu tahniah la ye...

p/s: pilhanraya dah dekat buat yang terbaik la ye hehehe

Tuesday 9 August 2011

puasa.... dan diet...

hurm...hari ni genap 10 hari kita berpuasa....hari ni jugak genap  10 hari aku  xmenjamah nasi. kononya dengan harapan tuk berdiet...so far bg aku kurang berjaya kerana hanya  2 kilo lebih je turun(target 5 kilo seminggu)...dulu awal tahun 2010... berjaya jugak la turunkan 20 kilo...tu pun xmkn nasi sebulan beserta mkn jusmate 5...., ingat nk buat mcm tu jugak bulan pose ni..tapi skang susuah nk dapatkan just mate 5...lelagi kena beli online...hurm nampak nye harapan nk kurus sket bulan pose ni macam x kesampaian....tapi kat sini nk kongsi juga sedikit sebanyak tips-tips untuk menguruskan badan...tapi ini sekadar pengalaman saya dulu...la ni bila x amalkan dah tambah balik berat ...hehehe...selamat berposa dan selamat beramal....


tips-tips diet,,,,just thinking

1. kurangkan makan nasi....lebihkan makan sayuran.

2. urangkan makan malam...kalau bole memalam tu mkn buah-buah je...

3. exercise setiap hari (Just Thinking habis dkt RM3000 untuk membeli treadmill dan alatan yang lain )

4. makan quaker oat hari-hari...untuk menggantikan nasi....

5. kurangkan makan mee kuning.

6. kurangkan minum air bergas....(gula banyak tu....)

7. banyakkan makan makanan yang berempah..(ada sumber menagatakan biji sawi dan cili bole membakar
    lemak)

8. yang terakhir but not least banyakkan minum air masak..

erm ok la tu jela yang diamalkan oleh Just Thinking....setakat ni membantu jugak la tahun lepas...tapi semua tu kena amalkan selalu....xamalkan dah kurus naik balik......huhu