Jadi yang menjadi persoalan....kenapa cukup susah untuk memberi zakat/bantuan kepada mereka yang beragama Islam? mengapa terlalu banyak prosedur/birokrasi yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan bantuan? yang mana akhirnya datang mereka yang ingin bagi bantuan tanpa mereka kehendaki...apa pilihan mereka? adakah ingin melihat anak-anak merengek meminta makan? mendapatkan cemuhan dari jiran kerana selalu meminta-minta makanan? jadi....dimana silapnya KITA sebagai Umat Islam? JT rasa bukan 12 orang yang ditahan itu sahaja yang menerima bantuan dari pihak GEREJA....tapi percaya masih ramai lagi orang kita, Umat kita yang masih bergantung hidup dengan bantuan GEREJA bagi meneruskan kehidupan disebabkan rumitnya, susahnya untuk menerima bantuan zakat/baitulmal....jadi siapa yang patut disalahkan? pembayar ZAkat atau mereka yang menguruskan Zakat?.....
BANYAK hadis Nabi s.a.w yang memberi penilaian bahawa kemiskinan adalah satu penyakit berbahaya yang dikhuatiri meninggalkan kesan buruk ke atas akidah, akhlak dan pemikiran seseorang, malah kepada kaum itu sendiri. Penyakit ini mudah menonjol terutamanya di kalangan orang yang menghadapi kemiskinan yang teruk dan tinggal berhampiran dengan orang kaya yang buruk budi pekertinya serta kedekut yang amat sangat....
JT tidak berkata bahawa JAIS itu silap kerana menceroboh malah bagi JT bagus kerana menyelamatkan mereka daripada terus hanyut...cuma JT terkilan kerana mereka hadir kesana kerana ingin mendapatkan bantuan disebabkan pihak yang berwajib tidak mahu menolong mereka malah mengherdik mereka dengan berkata mereka pengemis,,,,
biase ler.. sikap manusia.. masing2 ad pendapat sendiri....
ReplyDelete